As-Salam Qablal Kalam

JEWS THE MOST CRUEL CREATURE

Jews The Predators

Minyak Kelantan - Perjuangan Rakyat

Isnin, 2009 November 23

DUN Kota Seputih

Mahkamah arahkan SPR adakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari dari 16 Nov. dan DUN Kota Seputih diisytiharkan kosong. PR sepakat calon PAS bertanding.

Read more...

Utusan Meloya Mingguan Meloya : "PENYEBAR FITNAH KEPADA RAKYAT MALAYSIA"

Oh..., Mingguan Malaysia
oleh : YB Dato' Paduka Husam Musa

Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan.

Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.

Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir.

Hari ini, Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta.

Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit.

Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya - Tok Guru Nik Aziz.

Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti. Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.

Saya maklumkan pada bos saya. Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain.

Apa kata Tok Guru bila saya terus jumpa beliau Khamis lalu?

Jumpa doktor Di Pakar Perdana habis jam 12.30 tengah hari. Jumpa Tok Guru lebih kurang jam 1 sebelum zohor.

"Tak boleh lok (tangguh). Buat (rawat) selalu (segera). Jangan jadi macam ana..."

Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis.

Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?

Letak semua pulak tu?

Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?

Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.

Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami?

Sakit adalah lumrah insan. Letak jawatan tidak boleh diikat dengan satu dua hari di hospital - maka ia bukti Husam letak jawatan.

Kepada teman dan rakan, sahabat dekat dan jauh, saya ucapkan terima kasih atas ingatan anda semua. Ustaz Aziz menalipon pagi hari dari Mekah kerana terbangun dari mimpi, saya hargai erti persahabatan.

Bolehkah media kita diajar erti kredibiliti?

Tanpa menyakiti Utusan, tetapi tulisan Art Harun dalam blognya Articulations, menulis tentang Utusan buat sedikit 'touch' untuk tukar gambar payung berlambangkan dacing dengan gambar payung biru tanpa dacing, barangkali cukup untuk kita merasa tertanya-tanya Utusan ini apa..?


Terdapat payung berlambang dacing di belakang pak cik yang ditangkap kerana membunuh isterinya yang minta cerai di Kedah. Gambar yang sama diguna pakai oleh Metro, The Star dan Berita Harian.


Tapi demi maruah BN, Utusan menyiarkan gambar yang diubah seperti di bawah pada berita yang sama, 10 Nov 2009;



Dasar Utusan Malaysia yang MELOYAKAN.

Daripada blog rasmi YB Husam

Read more...

Ahad, 2009 November 22

LAGI LAWAK BODOH UTUSAN MALAYSIA

Hari ini sekali lagi Utusan Malaysia membuat FITNAH BESAR. Melalui akhbar Mingguan Malaysia Ahli EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa difitnah mahu meletak semua jawatan beliau dalam kerajaan dan juga parti..

Read more...

Sabtu, 2009 November 21

Anak : Qurratu Aa'yun

APA PUNCA ANAK DERHAKA
Email : KAMARUL SADILA

Sabda Rasulullah S.A.W; "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok." Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup. Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan 'bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka', inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.

Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu... Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa."

Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki; pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. 
Sebaliknya anak perempuan; yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami... Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.

Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.

Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada dirumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada banyak tips yang diberikan untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda di kalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners… insyaAllah.

APA yang membezakan antara winners dan losers, 
Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

Tips

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri... (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri, mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.


12. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.

13. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

14. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

15. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

16. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka...

17. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

18. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

19. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

20. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

21. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

22. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Selamat Maju Jaya… Semoga anak anda menjadi seorang anak yang soleh... Amin.

Dicatat oleh AL-IKHWAN KEMBOJASARI

Read more...

Selasa, 2009 November 10

Mana Boleh 'Tahi' Nak Dicampur Dengan Pengat

Pengat ialah sejenis makanan yang sedap, tahi pula ialah benda yang kotor lagi najis.

PAS Selangor : Tiada Kerjasama Dengan UMNO

Posted on Monday, November 09 @ 23:30:00 MYT by afero79
Oleh MayLin

SHAH ALAM 9 NOV - Tindakan Umno yang kini dilihat mula menawarkan kerjasama dengan Pas bagi menjalankan ‘Pakatan senyap’ dilihat sebagai menangguk di air keruh. 

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir berkata walau apa pun tawaran dan cadangan yang dibuat UMNO, PAS Selangor tetap dengan pendirian menyokong keputusan pucuk pimpinan untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan parti berkenaan.

“UMNO pun rasanya cuba menangguk di air keruh tetapi saya mengulangi kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat minta kalau UMNO betul jujur, minta UMNO masuk PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan bahawa ‘pakatan senyap’ antara Umno dan Pas amat diperlukan untuk membangunkan Islam dan Melayu di negara ini. Roslan menambah PAS Selangor tidak nampak sebarang manfaat mengadakan perikatan rahsia bersama UMNO.

“Kami sekarang ini dari sudut politiknya lonjakan sokongan terhadap kita selepas pilihanraya 2008 ternyata, penolakan rakyat dalam UMNO pun ternyata. Pilihan raya kecil yang lepas kecuali di Bagan Pinang jelas rakyat bersama dengan PAS,” katanya.

Isu ‘pakatan senyap’ ini mula diperkatakan apabila pensyarah Universiti Pertahanan Nasional, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah menulis satu artikel bertajuk ‘Untungnya bersatu dalam senyap’ dalam blognya di ridhuantee.blogspot.com.

Artikel tersebut menyeru agar UMNO dan PAS mencontohi pakatan senyap oleh DAP, MCA dan Gerakan yang bersama dalam satu suara sekiranya hak-hak kaum Cina dipersoal.

Dalam Seminar Politik PAS yang diadakan 7 November lalu, perwakilan meluluskan resolusi untuk mengunci pintu rundingan bersama UMNO dengan ketat.

Sehubungan itu, PAS Selangor akan mengambil langkah merapatkan hubungannya dengan Pakatan rakyat. Roslan berkata, rundingan meja bulat dengan DAP akan diteruskan bagi menjamin masa depan rakyat.

“Kita tidak berminta sebab kita telah sepakat memperkukuhkan kerjasama antara Pakatan Rakyat dan memastikan ianya menjadi gandingan yang dapat memberikan manfaat pada rakyat dan negara.
 

“Kita akan meneruskan rundingan meja bulat dengan DAP dan mungkin meluaskan dengan PKR sekali untuk pastikan tidak ada ruang perbezaaan antara kita sebab yang pentingnya adalah untuk nasib dan masa depan rakyat di negeri Selangor,” katanya.

Utaraonline.

Read more...

Sabtu, 2009 November 07

BERAHIM ALI - WANG EHSAN KELANTAN

Dari : ANGIN LABUAN

ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT SEJAHTERA...


PENGUMUMAN PERDANA MENTERI, DATO SERI MOHD NAJIB BAHAWA KELANTAN AKAN DIBERIKAN WANG IHSAN SEBAGAI BANTUAN, DAN BUKANNYA ROYALTI BUKANLAH MENGEJUTKAN. MEMANG ITULAH SIKAP PEMIMPIN BARISAN NASIONAL YANG DALAM SATU KETIKA AMAT BERIA MENGHULURKAN SALAM PERPADUAN DENGAN PAS TERUTAMANYA, NAMUN SIKAP DENDAM DAN MENAFIKAN HAK PAS MERUPAKAN "TAHI" YANG TIDAK BOLEH DISELINDUNGKAN LAGI. 

BOLEH DIFAHAMI MENGAPA PEMIMPIN UMNO AMAT MENGALU-ALUKAN WANG IHSAN INI. MAKA MEREKA BOLEH BERKIRA-KIRA HABUAN YANG BAKAL DINIKMATI. JIKA KITA DIKEJUTKAN ALLAH DENGAN KEJADIAN STADIUM DAN MASJID RUNTUH DI TERENGGANU, APAKAH DENGAN TIDAK AMANAHNYA SALURAN WANG "ROYALTI" INI, MAKA PERANCANGAN DI KELANTAN YANG BAKAL DILAKSANAKAN DENGAN TIDAK AMANAH BAKAL MENERBITKAN PERKARA YANG SERUPA DI TERENGGANU? TERENGGANU KETIKA ITU AMAT KAYA DENGAN WANG IHSAN. NAMUN KERANA TAMAK KERANA MENDAPAT DUIT MUDAH, TIDAK DISALURKAN KE TANGAN PENGUASA PAS KETIKA ITU YANG DIPILIH OLEH RAKYAT, MAKA MUNGKIN AKAN ADA LAGI PROJEK "KHIANAT" YANG BAKAL DITUNJUKKAN ALLAH SEPERTI KEJADIAN STADIUM RUNTUH ITU.

NAMUN, SAYA TERTARIK DENGAN IBRAHIM ALI, SEORANG YANG BEGITU TEBAL MUKA DAN PERASAAN MALUNYA. KENAPA SAYA BERKATA DEMIKIAN? DIA SEDAR DIA BERTANDING DAN MEMENANGI KERUSI PARLIMEN PASIR MAS ATAS TIKET PAS. NAMUN DENGAN PENUH BANGGA, DIA MENGATAKAN DIA DIPILIH KERANA RAKYAT MEMILIH IBRAHIM ALI, BUKAN KERANA DIA CALON PAS.

BIARLAH DIA KEMBALI KEPADA UMNO. WALAUPUN UMNO TAHU SEJARAH IBRAHIM ALI, BIARLAH MEREKA MENERIMANYA. MUNGKIN SELEPAS INI JIKA PAK BERAHIM MENANG ATAS TIKET UMNO, DAN SELEPAS ITU DIA MENGAKU JADI CALON BEBAS, DAN KEMUDIAN MENGGIGIT PARTI YANG MEMBENARKANNYA BERTAPAK. AMBILLAH PAK BERAHIM TU, WAHAI UMNO.

NAMUN, TOPIK SEBENARNYA INI. SOKONGAN IBRAHIM ALI TENTANG WANG IHSAN KERAJAAN PUSAT KEPADA KERAJAAN KELANTAN TIDAKLAH SANGAT MENDAPAT PERHATIAN PIMPINAN PAS KELANTAN. BIARPUN HUJAHNYA, TIDAK PENTING KEPADA SIAPA WANG ITU DISALURKAN, YANG PENTING IA DISALURKAN KEPADA RAKYAT KELANTAN. CUMA SAYA SUKA BERTANYA KEPADA IBRAHIM ALI, JIKA KITA TUKARKAN SEDIKIT CERITA TENTANG WANG IHSAN INI.

"MANA BOLEH, AKU KETUA KELUARGA AKU. SEPATUTNYA AKU YANG MENGURUSKAN KEWANGAN NEGERI DAN RAKYAT KELUARGA AKU, BUKAN ANNUAR MUSA!"

BAYANGKAN JIKA GAJI DAN ELAUN SERTA PENDAPATAN IBARATKAN SEPERTI ROYALTI IBRAHIM ALI TIDAK DISALURKAN KE AKAUN IBRAHIM ALI SEBAGAI KETUA DALAM KELUARGANYA. SEBALIKNYA SEMUA GAJINYA DISALURKAN TERUS KE AKAUN DATO ANNUAR MUSA, DAN DATO ANNUAR MUSA YANG AKAN MENGAGIHKAN KEPADA ISTERI IBRAHIM, ANAK-ANAKNYA, HUTANG RUMAH, BIL ELEKTRIK DAN AIR, DAN SEMUA PERIHAL RUMAHTANGGA IBRAHIM. MAKA IBRAHIM PUN BERTEMPIK "MANA BOLEH, AKU KETUA KELUARGA AKU. SEPATUTNYA AKU YANG MENGURUSKAN KEWANGAN NEGERI DAN RAKYAT KELUARGA AKU, BUKAN ANNUAR MUSA!".

MAKA KITA "BAGI" BALIK PADA IBRAHIM ALI, JANGAN POLITIKKAN SAMADA ROYALTI ATAU IHSAN, SAMADA MELALUI KAMU ATAU DATO ANNUAR MUSA. SALUR MELALUI DATO ANNUAR MUSA PUN, YANG PENTING AHLI KELUARGA KAMU YANG DAPAT MANFAAT WANG IHSAN TU... APA KATA PAK IBRAHIM ALI....???? 

Read more...

Jumaat, 2009 November 06

Jangan Terperangkap Dengan Agenda Musuh

ISNIN, 02 NOVEMBER 2009 | 14 ZULKAEDAH 1430H


Seluruh petugas parti diingatkan agar jangan terperangkap dengan agenda musuh dengan menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara yang remeh temeh dengan menimbulkan polimik sesama sendiri, sehingga mengabaikan tangungjawab kepada usaha memenangi pilihanraya ke 13.

Kita mesti ingat bahawa selepas PRU ke 12 dan beberapa PRK yang kita lalui menyebabkan UMNO/BN berada pada tahap yang sangat kritikal. Sokongan rakyat kepada PR menyebabkan mereka beralih kepada strategi baru iaitu menimbulkan pergolakan dalaman parti-parti dalam gabungan PR dan mencetuskan agenda perbezaan pandangan dalaman parti PR. Strategi ini ternyata berkesan sehingga tiba-tiba sahaja muncul pelbagai pandangan dalaman yang berbeza sehinga mencetuskan kegawatan dalaman berlaku pada semua parti dalam PR. Sedangkan isu sebenar ialah pergolakan dalaman BN.

Kaedah mengalih perhatian diguna sepenuhnya oleh media perdana dan media baru sehingga kini dilihat berjaya. Pengalihan pandangan dan pemerhatian ini menyebabkan seluruh pemerhatian tertumpu kepada soal krisis yang diciptakan menyebabkan terlalu banyak masa, tenaga dan fikiran tertumpu kepada perkara yang tidak sepatutnya dihabiskan.

Kita mesti kembali kepada landasan kerja persiapan menghadapi pilihanraya:

  • Berapa ramai pengundi baru yang kita sasarkan dapat dicapai,
  • Bagaimana persiapan bilik gerakan
  • Semakan daftar pemilih terkini
  • Semakan rang yang dibentangkan
  • Bantahan yang perlu dibuat
  • Cadangan persempadanan pilihanraya, jawatankuasa persempadanan pilihanraya
  • Permasalahan kewangan setiap dun, parlimen, dan UPU.
Apa tindakan kita untuk memastikan segalanya berjalan dengan cukup lancar? Ini yang perlu diberi tumpuan. Jangan kita terperangkap dengan agenda musuh agar kita menghabiskan masa kepada perkara yang bukan menjadi tugas kita. Dengan kata lain jangan anda habis masa, tenaga dan wang ringgit memikirkan masalah yang sebenarnya bukan masalah.


Dulu ada satu kisah enam orang pelabur berbincang untuk menjalankan ternakan kambing, cadangan sangat baik. Tetapi bila sampai kepada bagaimana pembahagiaan keuntungan, suasana mula tegang. Masing-masing rasa dia sepatutnya mendapat lebih banyak berbanding yang lain. Keadaan makin tak terkawal sehinggalah seorang yang lebih banyak berdiam diri dalam mesyuarat sejak awal berkata:

“Kita nak bahagi keuntungan, tapi di mana kambingnya. Kambing pun tak ada lagi, dah bincang untung rugi”.

Barulah mereka sedar rupanya mereka bincang perkara yang tak ada. Menghabiskan masa, tenaga dan memeningkan kepala saja.

Sekarang kita perlu sedar sebelum terlewat. Jangan masuk perangkap musuh yang sengaja menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Di mana ukhuwah jamaah, sehingga kita menyerang sahabat dalam satu jamaah lebih hebat dari kita meyerang ‘musuh’ kita sebenar.



Apakah sudah hilang ukhuwah jamaah, sudah hilang rasa sayang pada saudara sesama jamaah, sehingga kita sanggup memberikan peluru kepada musuh untuk menyerang sahabat kita. Saya yakin tanpa kita sedar sebenarnya kita sedikit demi sedikit telah termasuk dalam perangkap musuh.

Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Read more...

Rabu, 2009 Oktober 28

TIADA ERDOGAN TIADA ERBAKAN TIADA PRO UMNO TIADA PRO UMNGOK

Pendedahan oleh Blogger PAS yang Hadir ke
Majlis Pertemuan Tertutup di Kediaman Dato' Dr. Hassan Ali di TTDI Malam Tadi.

Pendedahan 1 - mohon penjelasan AJK Pusat!

oleh : albanjari/MRK albanjari


Antara blogger PAS yang hadir pada malam tadi.

Penjelasan Tepat kepada kekeliruan yang timbul :

1. Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah dibincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini.

2. Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.

(sumber asal dipetik dari : papa gomo) : Tulisan di atas memang jelas ada sebahagiannya telah disebutkan, tetapi perlu difahami dengan jelas bahawa si penulis itu menulis dari sudut pandangan dan pemahaman beliau sebagai ahli dan blogger Umno.

Apa yang dijelaskan dan disebutkan oleh Ustaz Nasa dan Dato' Hassan adalah 'isu rundingan' bukannya 'isu kerajaan perpaduan' sebagaimana yang dituliskan. Dan itulah yang dipertikai..!! Apapun bandingkan tulisan si gomo itu dengan ulasan yang diberikan dibawah :

Ulasan : Apa yang berlaku sebenarnya pada 9 March 2009 (sehari selepas PRU 12) satu mesyuarat AJK PAS Pusat telah diadakan di Kota Baharu. Mesyuarat tersebut berbincang untuk menguruskan kemenangan PAS di negeri-negeri yang telah kita sedia maklum.

Mesyuarat itu juga telah memutuskan agar bersedia berunding dengan UMNO sekiranya segala syarat yang PAS letakan mendapat pertimbangan dari UMNO. Rundingan dengan UMNO itu bermaksud untuk memelihara agama, kerana apa yang ada pada PAS tiada pada UMNO dan apa yang ada pada UMNO tiada pada PAS kerana saling lengkap-melengkapi. Mesyuarat tersebut bukanlah untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Sejurus mesyuarat selesai TGHH telah pergi ke Kedah, Dato' Husam Musa ke Perak, Hj Mohamad Sabu ke Pulau Pinang, Ustaz Nasa dan Dato' Mustafa Ali ke KL dan Selangor untuk membantu menguruskan kemenangan PAS di negeri-negeri tersebut.

Ustaz Nasa memaklumkan, selepas mesyuarat di KB, dan ketika dalam perjalanan beliau ke KL/Selangor mereka mula berhubung dengan Khir Toyo selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan pertemuan pertama berlangsung di Hotel Sheraton Subang dan turut dihadiri bersama oleh Dr Hassan Ali. Tiada persefahaman yang dapat dibentuk dalam pertemuan itu dan segala usaha kerjasama berakhir dan tamat di situ juga.

Umno terus berikhtiar, hinggalah beliau di hubungi pula oleh Pak Lah untuk pertemuan yang selanjutnya. Perkara itu juga dimaklumkan terus kepada TGHH dan TGHH yang berada di Kedah terus pulang ke KL dan satu perbincangan atau Mesyuarat Khas telah diadakan diantara beliau dan AJK Pas pusat yang lain di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Diantara agendanya ialah untuk membuat persediaan bagi menemui Pak Lah dan Khir Toyo buat kali ke dua. Dinyatakan juga dalam pertemuan ini tiada persefahaman yang dapat dibuat kerana PAS tetap dengan prinsipnya sebagai parti Islam. Usaha Umno GAGAL.

Pertemuan ketiga yang dikatakan oleh Ustaz Nasa ialah semasa beliau sedang minum di kantin Parlimen, tiba-tiba beliau di sapa oleh Dato' Yaacob (bapa Fazley) yang menyampaikan salam pertemuan dari Pak Lah dari pejabatnya di tingkat Parlimen. Menurut Ustaz Nasa pertemuan itu tiada langsung membincangkan mengenai perpaduan atau penyatuan yang telah gagal dalam pertemuan sebelum ini dan selepas itulah Pak Lah telah menyatakan kepada press (Media) tentang pertemuannya sebanyak 3 kali dengan Ustaz Nasa.

Bermula dari kenyataan Pak Lah itulah keadaan PAS mula menjadi haru-biru. Lalu Ustaz Nasa terus terfitnah sehingga sekarang. Dan fitnah itu pula berterusan dimainkan oleh blogger-blogger di blog.

Ustaz Nasa dan Dato' Hassan melontarkan persoalan, mengapakah hanya dipersalahkan Ustaz Nasa, Dato' Mustafa Ali dan TGHH dalam isu rundingan ini? Tidakkah keputusan ini telah dicapai dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat di Kota Bharu pada 9 March 2008 lalu?

Saya (MRK albanjari) bertanya, apakah dan mengapa TGNAA tidak dimaklumkan akan butir keputusan mesyuarat tersebut? Jawapnya kerana TGNAA tidak hadir. Walau bagaimanapun menurut Ustaz Nasa segala keputusan itu telah pun dipersembahkan dan dimaklumkan kepada TGNAA.

Maka dari itu Ustaz Nasa dan Dr Hassan Ali, meminta mohon penjelasan daripada AJK PAS Pusat yang terlibat, sila nyatakan pendirian anda samada kenyataan ini benar atau tidak! Jika anda ingin melihat keadilan dan perpaduan terus kukuh dalam PAS.

Isu yang kedua terhadap Ustaz Nasa ialah apabila beliau respons terhadap kenyataan Najib Razak di Parlimen. Dan beliau hanya menyatakan bahawa beliau mengalu-alukan kenyataan tersebut dan akan menyampaikan kepada Presiden PAS yang ketika itu berada di London.

Ujar Ustaz Nasa salahkah beliau mengungkapkan demikian, ini kerana sudah menjadi akhlak Islam apabila orang memberi salam kita wajib jawab salam tersebut, dan apabila orang menyatakan hasrat kita sambut hasrat itu dengan sopan, dan beliau juga tidak memutuskan sebarang pelawaan dari Najib bahkan beliau mengambil sikap untuk membawa perkara itu kepada bosnya terlebih dahulu, maka salahkah sikap yang telah beliau ambil ?

Dan selepas itu timbul pula isu UG yang menjadikan jemaah dan ahli PAS semua menjadi bertambah haru-biru. Dari apa yang disampaikan oleh beliau, idea UG ini timbul bagi menjaga kepentingan Islam dan Bangsa Melayu tetapi malangnya belum sempat ianya diseminarkan dan dibincangkan secara serius, ramai yang membantah dan menyuarakan bantahan. Maka ia terus ditarik balik oleh TGHH dan mati begitu sahaja sehinggalah ia hangat kembali selepas Muktamar PAS baru-baru ini.

Soalnya siapa yang menghidupkan kembali isu UG ini? Siapakah yang ingin melompat katak masuk UMNO? Menurut Dato' Dr Hassan Ali lagi, kepada kami dan kepada anda semua sila nyatakan bila dan dimana beliau pernah mengatakan akan melompat masuk UMNO dan membawa orang-orang PAS Selangor bersamanya? Bahkan beliau menyatakan beliau dari awal lagi tidak pernah membicarakan tentang isu UG ini secara terbuka dan bagaimana beliau pula yang dikaitkan dengan isu tersebut.
-bersambung siri ke-2 yg kontroversi.

Read more...

Salahuddin Anggap Bajet Muram

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak 23 Oktober lalu agak 'muram' dan tidak mempunyai sesuatu perubahan yang boleh dijadikan asas yang kukuh untuk melihat rangsangan yang lebih kompetitif dalam menghadapi kemelut ekonomi di peringkat global.


Jelas beliau yang ditemui selepas pembentangan bajet tersebut, bajet tersebut tidak memberi 'sentuhan' yang dapat dinikmati golongan bawahan.

Selain itu katanya walaupun Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diberikan autonomi untuk mendapatkan dana untuk menjadi lebih inovatif, IPTA harus dibebaskan daripada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) supaya menjadi lebih kompetitif untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

-Dipetik daripada Harakah.

Read more...

Selasa, 2009 Oktober 27

PALESTINE: Masjid Al-Aqsa semakin kritikal diancam.

Daripada palestinkini


Wilayah umat Islam Palestine pada tahun 2000.

SELASA, 27/10/2009 – Sheikh Kamal Al-Khatib, timbalan ketua Gerakan Islam Palestin pada tahun 1948, mendakwa bahawa pihak Israel kini sedang mencari kaedah sistematik baru untuk melakukan serangan di Masjid Aqsa.

Beliau yang bercakap kepada rangkaian TV Al-Jazeera pada hari Ahad lalu telah menyatakan bahawa pihak Israel sedang berusaha untuk membuktikan kuasa “kedaulatan” ke atas tempat suci itu dan membiarkan orang-orang Yahudi fanatik melakukan ‘ritual Talmud’ mereka di dalam Masjid Aqsa.


Masjid Al-Aqsa yang sebenar adalah berkubah hijau bukannya
berwarna emas seperti yang disebar oleh Yahudi Laknatullah.

Khatib menerangkan lagi, pada tahun 1948, Pasukan rejim Zionis pernah menghalang penduduk Palestin daripada pergi ke Masjid Aqsa.


Dome of the Rock bukan Masjid Al-Aqsa.

Beliau mengatakan bahawa penduduk Palestin di Baitulmuqaddis terpaksa berjuang untuk membela Aqsa dan sangat memerlukan sokongan penduduk Arab dan masyarakat Islam untuk menentang cabaran-cabaran Zionis yang semakin berleluasa. Beliau berpendapat tanggungjawab menjaga Masjid Aqsa ini sepatutnya bukan hanya dipikul oleh penduduk Baitulmuqaddis sahaja tetapi wajarnya oleh semua penduduk Arab dan masyarakat Islam.


Masjid Al-Aqsa yang sebenar.

Akhirnya pemimpin Islam itu menyeru media Arab untuk bertindak dan memberi tekanan kepada pihak yang berkuasa untuk mempertahankan tapak suci ini dengan menganggap ini sebagai tanggungjawab keagamaan dan sejarah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

penterjemah : rohiez

Read more...

Award diberi Nuansa Pena

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP